Paduka Guru Muda


Bagi Membantu Mahaguru Muda Dalam Mentadbir Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, 4 Orang Paduka Guru Muda Telah Dilantik Dan Diberikan Tanggungjawab Mengikut Bidang-Bidang Masing-Masing

  1. PADUKA GURU MUDA PANGLIMA KHAIRUDDIN BIN HJ. MUSTAPA dilahirkan pada 30 Januari 1957 di Rembau Negeri Sembilan. Mula menceburi di alam persilatan pada tahun 1975 di Gelanggang Kampung Pasir, Serdang, Selangor. Beliau telah ditabalkan sebagai Guru Muda pada 7 Mac 2015. Beliau telah diamanahkan dalam menjaga persilatan dan juga pentadbiran PSSLM

  2. PADUKA GURU MUDA DR. HJ. TAJUDDIN B. HJ. MANSOR dilahirkan pada 11 Febuari 1956di Bongor, Baling, Kedah. Mula menceburi di alam persilatan pada tahun 1974 di Pulau Pinang, beliau telah ditabalkan sebagai Guru Muda pada 7 Mac 2015. Beliau telah diamanahkan dalam menjaga hal ehwal agama di dalam PSSLM.

  3. PADUKA GURU MUDA SYED MAHMUD B. SYED HJ. DAUD dilahirkan pada 8 Jun 1950 di Selangor. Mula menceburi di alam persilatan pada tahun 1972 di Gelanggang Kampung Lanun, Selangor. Beliau telah ditabalkan sebagai Guru Muda pada 7 Mac 2015. Beliau telah diamanahkan dalam menjaga hal ehwal displin di dalam PSSLM

  4. PADUKA GURU MUDA JOHARI BIN JANTAN dilahirkan pada 19 Jun 1959 di Hospital Besar Kuala Lumpur. Mula menceburi di alam persilatan pada tahun 1971 di Gelanggang Kampung Bumiputera, Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Beliau telah ditabalkan sebagai Guru Muda pada 7 Mac 2015. Beliau telah diamanahkan dalam menjaga hal ehwal persilatan di dalam negara dan juga di luar negara