Kejayaan

Silat Lincah Hari Ini

Hari ini, setelah 60 tahun Silat Lincah di pimpin oleh Mahaguru Haji Omar Din, PSSLM semakin utuh sebagai pertubuhan yang diiktiraf oleh kerajaan dan pihak lain. Kewujudan beberapa organisasi memantapkan lagi pertubuhan ini yang terus dipimpin oleh mereka yang berkaliber serta berwawasan memajukan seni silat tanah air.

PSSLM terus membuka keahlian kepada orang ramai dan selaras pindaan perlembagaan yang baru. Kini mereka berusia 7 tahun ke atas boleh menjadi ahli pertubuhan ini. Keahlian kini terdiri dari pelbagai peringkat sama ada dikalangan orang awam, polis, tentera, pegawai dan kakitangan kerajaan, pelajar sekolah, penuntut institusi pengajian tinggi termasuk dari Sabah dan Sarawak. Pengiktirafan ahli bergantung kepada kelayakan mereka menguasai amalan Silat Lincah sama ada sebagai ahli biasa mahupun jurulatih.

Terdahulu, Perhimpunan dan Penyampaian Ijazah PSSLM 2004 yang dirasmikan oleh YAB. Dato̢۪ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia. Lebih membanggakan, inilah kali pertama PSSLM berjaya mengumpulkan lebih dari 15 orang Menteri di peringkat Persekutuan dan Negeri yang sekaligus menunjukkan hubungan masyarakat bersama pemimpin dapat dijalin dengan begitu baik sekali.

Tidak cukup dengan penubuhan PESAKA dan PERSILAT, Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin melalui usahanya yang berterusan, pada 4 Februari 2005 telah berjaya menyatukan Seni Beladiri yang ada di Malaysia dibawah Majlis Seni Mempertahankan Diri Negara (MARCIL).

FESTIVAL SENI BELADIRI DUNIA, BANDARAYA CHUNGJU, KOREA SELATAN


Festival Seni Beladiri Dunia merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kerajaan Korea Selatan. Pada tahun 2000, Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia telah dijemput menyertai festival ini. Kejayaan PSSLM mengembangkan Silat Melayu di luar Negara amat membanggakan, satu-satunya silat yang diundang untuk mengambil bahagian di dalam Festival Seni Beladiri Dunia tiap-tiap tahun yang turut disertai oleh 62 jenis Seni Beladiri daripada 32 buah negara dari seluruh dunia, berjaya menjadikan silat sebagai jambatan budaya yang mengenalkan bahasa dan budaya orang melayu kepada dunia luar.

Penyertaan kali pertama membuahkan hasil yang cukup membanggakan rakyat Malaysia seluruhnya apabila PSSLM dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan selepas memenangi kategori persembahan dan pakaian terbaik disamping pemilihan rakyat Chungju City yang mengundi PSSLM sebagai satu pasukan yang mempunyai disiplin terbaik yang mana hadiah tersebut telah disampaikan oleh Datuk Bandar Chungju sendiri.

Pada tahun 2002 , persetujuan dicapai oleh negara-negara yang menyertai festival ini untuk menubuhan Kesatuan Seni Beladiri Dunia atau singkatannya WoMOU. Malah anak melayu juga diberi kepercayaan oleh rakan anggota WoMOU sebagai Naib Presiden di dalam badan seni beladiri dunia itu. Tidak cukup di situ, lebih membanggakan pada tahun 2005 apabila wakil PSSLM, Datuk Haji Megat Zulkarnain Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin sekali lagi mendapat mandat dari semua negara anggota WoMOU untuk dikekalkan jawatan Naib Presiden WoMAU. Ini sudah menaikkan nama Malaysia di dunia seni beladiri antarabangsa.

Aktiviti yang di sertai tiap-tiap tahun ini bertujuan mengembangkan Seni Silat Lincah keserata dunia. Setelah diundang 5 tahun berturut-turut, ternyata perkhabaran yang diterima adalah sangat baik kerana World Martial Arts Festival Committee telah mengisytiharkan Malaysia merupakan antara 6 â€Å“Rakan Tetap” yang akan dijemput menyertai festival ini selagi ianya diadakan.Aktiviti yang di sertai tiap-tiap tahun ini bertujuan mengembangkan Seni Silat Lincah keserata dunia. Setelah diundang 5 tahun berturut-turut, ternyata perkhabaran yang diterima adalah sangat baik kerana World Martial Arts Festival Committee telah mengisytiharkan Malaysia merupakan antara 6 â€Å“Rakan Tetap” yang akan dijemput menyertai festival ini selagi ianya diadakan.

PENUBUHAN FAKULTI SILAT

ROMBONGAN SILAT LINCAH BERSAMA TYT GABENOR PULAU PINANG SEMASA PEMBENTANGAN KERTAS KERJA FAKULTI PERSILATAN DI USM, PULAU PINANG

Idea oleh Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin ini timbul setelah memikirkan kepentingan warisan unggul melayu ini iaitu silat harus di jaga kewarisanannya. Malah ilmu silat hari ini menuntut penyampaian yang lebih baik dan bukan sebagai bahan lisan sahaja untuk dipelajari. Ini sekali gus menjadikan ilmu silat wujud dari aspek akademik yang akan dipelajari di universiti-universiti secara formal dan diiktiraf malah ianya juga akan menjadi pusat rujukan oleh pengkaji-pengkaji silat dari dalam mahupun luar negara. Malah idea ini telahpun sampai ke realitinya.

LONGEST NON-STOP SILAT PERFORMANCE

KUALA LUMPUR 26 Mei - Kira-kira 500 pesilat daripada pertubuhan Silat Lincah Malaysia akan beraksi selama sembilan jam tanpa henti bermula pukul 8 malam sehingga pukul 5 pagi, Ahad ini. 

Pengerusi Majlis Tertinggi (MT) Silat Lincah Malaysia, Datuk Omardin Mauju berkata, program yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa, di ibu negara itu bertujuan mencipta rekod di dalam Guinness World of Records.

"Program ini juga sempena menyambut 50 tahun Silat Lincah Malaysia yang akan dihadiri seramai 20,000 ahli dari serata dunia," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Omardin berkata, majlis sambutan 50 tahun Silat Lincah Malaysia akan diadakan pada Julai ini dan dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Rujukan Daripada Utusan Malaysia 27/5/2011


PERTUBUHAN SENI SILAT LINCAH MALAYSIA DI LUAR NEGARA [ENGLAND, BELGIUM, NEW ZEALAND, HOLLAND, PERANCIS, MADAGASCAR]


PERTUBUHAN SENI SILAT LINCAH MALAYSIA DI LUAR NEGARA [CHUNG JU KOREA SELATAN, SATUN THAILAND]