Dimaklumkan bahawa Yang Mulia Datuk Wira Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin, Presiden PESAKA merangkap Mahaguru Muda PSSLM telah dilantik sebagai Presiden Commonwealth Pencak Silat Federation (CPSF) yang dianggotai sebanyak 55 buah negara. Dan PERSILAT juga memberi kepercayaan kepada Datuk Wira untuk memimpin (Caretaker) Asian Pencak Silat Federation (APSIF). Pelantikan tersebut disahkan sendiri oleh HE Prabowo Subianto, Presiden PERSILAT melalui surat seperti di atas.. Alhamdulillah.. Satu kebanggaan buat PESAKA dan negara. Semoga kepimpinan Datuk Wira kita bertambah cemerlang dan berjaya